| Dalam berselam, dangkal berjingkat. | Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari. | Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. lulus = maksudnya terbenam dalam air. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang mandi berselam, awak mandi bertimba. | Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dalam menyelam, cetek bertimba. | Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Dalam berselam, dangkal berjingkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |