Menari (= merentak) di ladang orang. | Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedap dulu, pahit kemudian. | Bersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum menetas sudah dibilang. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum beranak sudah ditimang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum beranak sudah ditimang. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum menetas sudah dibilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum beranak sudah berbesan. | Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambil menyeruduk (= menyuruk) galas lalu. | Sambil bersenang-senang, tetapi tujuan tak dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertawa dalam perkabungan. | Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. | Supaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah payah dahulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi bapa kuda. | Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti cicak makan kapur. | Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |