| Bagai berseru di padang pasir. | Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang, b. Seperti memekik di tengah padang luas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti berseru di tengah padang. | Meminta pertolongan tetapi siapa yang mengendahkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti memekik di tengah padang luas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti memekik di tengah padang luas. | Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti berseru di tengah padang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |