Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sua.mi] | برسوامي

Definisi : mempunyai suami, sudah ber­kahwin (perempuan): jikalau begitu sudah patutlah engkau ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sua.mi] | برسوامي

Definisi : sudah ada suaminya; sudah berkahwin (bkn perempuan): Engkau sudah besar panjang, memang patut engkau ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,

Puisi
 

Tanam ubi tanam keladi,
     Anak belanak dalam tapisan;
Tuan beristeri dia bersuami,
     Ada anak boleh berbesan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersalai tidak berapi.

Bermaksud :

Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk.Pada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersalai tidak berapi.Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lapuk oleh kain sehelai.Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kena sentung pelali.Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sayang bunga layu di pohon.Gadis yang tidak bersuami sampai tua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada berorang di rumah.Anak perempuan yang belum bersuami tetapi sudah rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada berorang di air).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada berorang di air.Anak perempuan yang belum bersuami tetapi sudah rosak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada dapat dua keris di dalam satu sarung.Tiada mungkin seorang perempuan bersuami sampai dua orang dalam satu waktu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya.Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah tujuh duduk berjanda, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi.Orang yang sudah terlalu tua, tetapi mahu beristeri atau bersuami juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas