Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.ka] | برسوک

Definisi : bersenang-senang, bergembira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersuka

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kuat tertawa koyak bibir.

Bermaksud :

Bersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berketak dulu sebelum bertelur.Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat tertawa koyak bibir.Bersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elok lenggang di tempat datar.Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam.Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam.Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan.Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mana kerbau yang bencikan kubangnya?Orang yang biasa berbuat jahat tak dapat melupakan tempat ia bersuka ria.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas