Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.sah] | برسوسه

Definisi : 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar mem­beritahu dunia luar bahawa dunia Arab ber­satu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.su.sah] | برسوسه

Definisi : melakukan sesuatu dgn susah payah; berpenat lelah mengerjakan sesuatu: Tak usahlah kamu ~ menolong kami. ~ hati berasa susah hati; berdukacita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersusah

Puisi
 

Si patan burung si patan,
     Si patan mari di dalam peti;
Dibuka surat dalam lipatan,
     Surat adinda bersusah hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Makan hati,
     berulam jantung.

Bermaksud :

Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gundahkan buah dimakan burung.Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan hati, berulam jantung.Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada sampan hendak berenang.Sengaja bersusah payah. (Bandingkan dengan: Ada biduk, serempu pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar sakit dulu senang kemudian.Biarlah bersusah-susah dulu asalkan senang kemudian hari.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat tebu rebah.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat kijang teruit.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat harta timbul.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat harta karun.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Kura-kura kakinya tiada basah, c. Mendapat pisang terkubak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat durian runtuh.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendapat pisang terkubak.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas