Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berasa susah hati; berdukacita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Si patan burung si patan,
     Si patan mari di dalam peti;
Dibuka surat dalam lipatan,
     Surat adinda bersusah hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tidur tak lelap,
     makan tak kenyang.

Bermaksud :

Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gundahkan buah dimakan burung.Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidur tak lelap, makan tak kenyang.Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minum air terasa duri, santap nasi terasa lilin.Sangat bersusah hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan hati, berulam jantung.Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas