| Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing. | Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diberi bertali panjang. | Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Diberi berpadang luas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terpaut bertali, tertambang berlantak. | Terikat oleh adat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berpaut tidak bertali. | Belum putus perkaranya; belum diberi surat cerai (tentang perempuan yang minta cerai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bergantung tidak bertali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditambat tidak bertali. | Hidup di luar nikah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengikat tidak bertali. | Tidak mengurus isteri, tetapi tidak pula menceraikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang. | Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gantung tak bertali, salai tak berapi. | Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya. (Bandingkan dengan: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Digantung tidak bertali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |