| Tambah air, tambah sagu. | Bertambah kerja bertambah pula upahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Bertambah semakin kurang. | Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya. | Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Untut bertambah kulitnya. | Orang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Pisau tiada berbaja, makin dikilir bertambah tumpul. | Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Sudah panas berbaju pula. | Kesulitan yang bertambah-tambah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Yang rebah ditindih. | Yang sudah miskin bertambah miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Diperluas parak, tidak disiangi. | Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Si untut juga yang berkutil. | Orang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Busut juga ditimbun oleh anai-anai. | Orang kaya juga yang bertambah kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |