Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.mu] | برتامو

Definisi : pergi melawat, datang berkunjung: banyak orang datang ~ ke rumahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.mu] | برتامو

Definisi : datang berkunjung; melawat ke sesuatu tempat, hadir di sesuatu jamuan dll: Saudara-maranya ~ di rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamu (kata nama)
Bersinonim dengan tetamu, pengunjung, pelawat, penziarah;,
Kata Terbitan : bertamu,

Peribahasa

Bertandang ke surau.

Bermaksud :

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai ayam naik ke surau, b. Bagai bertandang ke rumah janda).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertandang membawa lapik.Bertamu tetapi membawa bekalan sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertandang ke surau.Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai ayam naik ke surau, b. Bagai bertandang ke rumah janda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bertandang ke rumah janda.Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam naik ke surau.Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah terum di tengah rumah.Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdiang di abu dingin.Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan; setidak-tidaknya bertempiaran kelak.Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas