| Bertanam tebu di bibir. | Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertanam tebu di mulut, bertanam halia (= peria) di hati. | Mulut manis, hati busuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput. | Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan. | Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anjur surut bak bertanam. | Tipu muslimat dalam melakukan pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar. | Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam. | Mengatur-atur sesuatu supaya baik. bersiang = membersih-bersihkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang. | Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput. | Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh. | Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |