Penyu itu bertelur beribu-ribu, seorang pun tidak tahu; ayam bertelur sebiji, pecah khabar sekampung. | Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. | Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. (Biasa juga: Ayam di kepuk mati kelaparan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam bertelur di atas padi. | Hidup senang dan mewah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menantikan kuaran bertelur. | Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kucing bertanduk, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung. | Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa berkotek, siapa bertelur. | Siapa yang dulu bersuara, dialah yang mengerjakan apa yang disuarakannya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur. | Siapa yang berasa bila disindir maka dialah yang bersalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa berkotek, siapa bertelur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh. | Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur, b. Siapa berkotek, siapa bertelur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketak dulu sebelum bertelur. | Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam gadis bertelur. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan terhenti-henti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |