Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tong.kat] | برتوڠکت

Definisi : memakai (membawa, memegang, dll) tongkat: yg capik datang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tong.kat] | برتوڠکت

Definisi : menggunakan atau membawa tongkat: ~ lutut duduk membongkok dgn bertelekan lutut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertongkat

Puisi
 

Patah atap kerana buluh,
     Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
     Namun undur pantang sekali.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertongkat senduk (= tempurung).

Bermaksud :

Orang yang sangat tua.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertongkat tebu.Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertongkat senduk (= tempurung).Orang yang sangat tua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah bertongkat tempurung, tak terangkat pelupuk matanya lagi.Sudah tua sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah sayap bertongkat paruh.Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan.Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah dihubung, hilang diganti.Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah tongkat berjermang (= bertelekan).Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas