| Bertukar jiwa dengan semangat. | Sedang berkasih-kasihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertukar beruk dengan cigak, mengimbuh dengan kera. | Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seiring bertukar jalan, sekandang tidak sebau, seia bertukar sebut. | Meskipun maksudnya sama tetapi caranya berlainan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Zaman beralih, musim bertukar. | Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lain teringat lain disebut; bertukar angguk dengan ilallah. | Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan. ilallah = hujung kalimat lailahailallah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah. | Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah. | Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |