Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim. | Orang yang tidak tetap kedudukannya. rasam = adat, kebiasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Neraca palingan Allah, mata palingan setan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali air besar, sekali tepian beranjak (= beralih). | Apabila pembesar atau pemerintahan berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. (Bandingkan dengan: Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai pancang digoncang arus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lidah biawak. | Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah bercabang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lidah bercabang. | Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah berkata satu. | Tidak berubah daripada yang telah diucapkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah. | Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |