Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal. | Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga. | Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |