Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lat]/[ber.u.lat] | براولت

Definisi : ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat: buah yg manis itu acapkali ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lat]/[ber.u.lat] | براولت

Definisi : busuk atau buruk kerana terdapat ulat di dlmnya (bkn buah-buahan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulat (kata nama)
Bersinonim dengan berengga, olong-olong, larva, beluncas, ulat bulu;,
Kata Terbitan : berulat,

Peribahasa

Tebu seruas berulat pula.

Bermaksud :

Anak hanya seorang, buruk pula perangainya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berulat mata melihat.Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebu seruas berulat pula.Anak hanya seorang, buruk pula perangainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seruas tebu yang berulat, seruas dibuangkan.Siapa yang berbuat salah, dialah yang dihukum. (Bandingkan dengan: Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah yang manis berulat di dalamnya.Perkataan yang manis-manis mengandungi maksud yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang.Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga.Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata.Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas