Berunding dengan tunggul (= tungkahan). | Memberi nasihat kepada orang yang hanya diam saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis beralur maka beralu-alu. | Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. | Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk. | Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak ucok (= damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru. | Bersedia menghadapi segala kemungkinan. ucok = berunding mencari jalan damai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. | Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat. | Untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat. | Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. | Tiap-tiap kejadian buruk dapat diselesaikan bila kedua belah pihak bersedia untuk berunding atau bermesyuarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung. | Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |