| Menjangkau sehabis tangan. | Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Bagai air mencari jenisnya. | Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Esa hilang, dua terbilang. | Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pertama hilang, kedua terbilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Pertama hilang, kedua terbilang. | Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Esa hilang, dua terbilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Ditumbuk dikisar barulah lumat. | Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Hendak menggaruk tidak berkuku. | Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Malas bergarit, perut perit. | Malas berusaha tentulah kelaparan. garit = gerak, perit = pedih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Menjemur sementara hari panas. | Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Patah tongkat berjermang (= bertelekan). | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Patah sayap bertongkat paruh. | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |