Besi lemah tak patah. | Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besi baik tiada berkarat. | Budi baik tidak dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besi baik dibajai (= diringgiti). | Barang baik, diperbaiki lagi. ringgit = rigi-rigi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai besi dengan penempa. | Orang lemah di bawah kuasa orang kuat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu besi, sekarang timah. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memegang besi panas (= hangat). | Melakukan sesuatu dengan kekhuatiran (waswas dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rantai besi dimakan bubuk. | Cerita yang tak masuk di akal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk. | Darjat seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung keris. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam kikir besi. | Orang kaya yang bakhil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Arang habis besi binasa. | Pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |