Bagai membelah betung. | Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memijakkan betung sebelah. | Pendidikan yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. | Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = sebangsa buluh besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betung ditanam aur tumbuh. | Mengharap untung, kiranya mendapat rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang. | Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam betung seruas. | Terlalu jujur; lurus hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Aur ditanam betung tumbuh. | Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berteduh di bawah betung. | Mendapat pertolongan yang tidak memadai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah di rumpun betung. | Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu. | Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |