Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. | Jangan percaya benar kepada janji, kerana janji biasa dimungkiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. | Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Murai biasa berkicau. | Ahli dalam lapangannya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alim biasa menghukum syarak. | Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah biasa makan kerak. | Sudah biasa mengalami kesukaran hidup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga. | Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan. | Orang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |