Gunung juga yang dilejang panas. | Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi. | Biasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak ada orang menggaruk keluar badan. | Biasanya kalau ada perselisihan orang berpihak pada kaum keluarganya (partinya dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gayung tua, gayung memutus. | Perkataan orang tua biasanya tepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air tenang menghanyutkan. | Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air gedang menghanyutkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air gedang menghanyutkan. | Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Air tenang menghanyutkan). gedang = besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau mengaum takkan menangkap. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hari guruh takkan hujan, b. Harimau bertempek tak [kan] makan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hari guruh takkan hujan. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau bertempek tak [kan] makan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata. | Kalau tak suka biasanya banyak alasannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa mengaku berak di tengah jalan? | Orang yang bersalah biasanya tidak mahu mengakui kesalahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |