Balik belakang lain bicara. | Mungkir janji. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara. | Tidak teguh janji. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Agak lebih daripada agih. | Banyak bicara, sedikit kerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing). | Habis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Senduk besar tak mengenyang. | Banyak janji tetapi tidak ditepati; banyak bicara, tetapi tak ada buktinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak. | Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk) | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar. | Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti. | Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali. | Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |