Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji

Puisi
 

Banyak biji buah nangkaku,
     Intan permata jatuh di lubang;
Dendam rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai meramas biji cempedak.

Bermaksud :

Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai meramas biji cempedak.Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menabur (= menanam) biji di atas batu.Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertanam di biji hampa.Usaha yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang.Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas