Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. | Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai meramas biji cempedak. | Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menabur (= menanam) biji di atas batu. | Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang tak mahu mengendahkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertanam di biji hampa. | Usaha yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang. | Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |