Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lang.bi.lang] | بيلڠ٢

Definisi : Mn sj tumbuhan (pokok renek), gelang; rendah ~ diseluduki (disuruki), tinggi kayu ara dilangkahi prb mengerjakan sesuatu atau berhubungan dgn seseorang hendaklah sbg yg semestinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilang-bilang

Puisi
 

Tanam serbat di pintu balai,
     Mari ditunggu bilang malam;
Apa makrifat tuan pakai,
     Mimpikan tuan bilang malam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tinggi kayu ara dilangkahi,
     rendah bilang-bilang diseluduki.

Bermaksud :

Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Rendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi.Berbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki.Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat bertentu, bilang beratur.Segala pekerjaan harus dilakukan menurut peraturan yang sudah ada. (Bandingkan dengan: Adat diisi, lembaga dituang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk ambung tak masuk bilang.Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat diisi, lembaga dituang.Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas