| Bersandar di lemang hangat. | Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah terdorong kepada kukur, tinggallah tempurung saja. | Sudah mendengar bujukan jahat maka rosak binasalah kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Durian seambung dengan timun. | Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah. | Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh. | Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |