Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.tang] | بيناتڠ

Definisi : makhluk bernyawa tetapi tidak berakal fikiran (spt lembu); haiwan. kebinatangan kelakuan spt kelakuan binatang; sifat-sifat binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binatang

Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Laksana binatang umang-umang di mana sarang udang di situ tempat menumpang.Orang yang hidupnya bergantung kepada orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Binatang tahan palu, manusia tahan kias.Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Manusia tahan kias, binatang tahan palu.Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan liat kurang panggang.Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersawah sepiring tidak, 'kan tempat sepasin bertanya.Kemiskinan yang amat sangat. sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai anjing melintang denai.Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong. denai = jejak binatang besar di hutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada telap oleh asai.Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerosok ular di rumpun bambu.Ancaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing tidur di bantai.Hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Serupa burak.Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bulan empat belas, b. Serupa bulan penuh). burak = sebangsa haiwan ghaib, bertubuh binatang, bersayap seperti burung, berkepala sebagai manusia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas