Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bodoh

Puisi
 

Sayang Cina anak Cinaku,
     Jawa bodoh balik ke Bugis;
Jangan berniaga barang tak laku,
     Hingga berlapuk jual tak habis.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bodoh tak dapat diajar,
     pandai tak dapat mengajar.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas.Biarpun bodoh, dapat juga memilih mana yang baik dan mana yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Si bodoh hendak melepaskan jerat di kaki, terjerat leher.Jika tidak pandai melepaskan diri daripada bahaya yang kecil maka mungkin terlibat ke dalam bahaya yang lebih besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh.Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai buntal kembung.Bodoh dan sombong.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Busuk, busuk embacang.Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jelongak kerbau rampung.Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar bungkus tak berisi.Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, b. Tong kosong berbunyi nyaring).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas