Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi. | Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga. | Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air mudik sungai, semua teluk diranai. | Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. ranai = jalani (boleh jadi ranahi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya? | Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada rotan, akar pun berguna (= jadi). | Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |