Bolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiru? | Kebenaran itu tak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru? | Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepuluh bintang, bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu. | Seorang kekasih tak dapat diganti dengan orang lain, walau berapa banyak sekalipun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minyak dengan air adakah (= bolehkah) bercampur? | Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai minyak dengan air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk. | Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? | Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai minyak dengan air. | Tak akan dapat bersatu (kerana bermusuhan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Minyak dengan air adakah [= bolehkah] bercampur?). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |