Bungkuk (bongkok) kali hendak mengena (= mendapat). | Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam, silap (= sesat) mengelarai. | Sekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bungkuk (bongkok) baru betul. | Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Entimun bongkok. | Tidak masuk hitungan dalam pergaulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat. | Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pisau bongkok melukakan sarungnya. | Mengkhianati orang yang melindunginya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah bongkok jangan menyerangguh. | Sesuatu perkara yang buruk jangan diperbesar-besarkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan bongkok sebab menyuruk. | Tiada hina atau cela mengerjakan sesuatu pekerjaan yang dipandang rendah, kerana menyelamatkan diri ataupun menyampaikan maksud yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyelodok sama bongkok, melompat sama patah. | Persahabatan yang karib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang bungkuk (bongkok) juga dimakan sarung. | Yang bersalah juga yang akan menanggung dosanya (menerima hukumannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |