Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ros] | بوروس

Definisi : 1. terbuka, terurai, lepas (tali yg diikatkan); 2. tidak hemat, suka mengeluarkan wang berlebih-lebih, suka memakai barangbarang berlebih-lebih: ia hidup terlalu joli dan ~; kalau ~ lekas kerugian prb orang yg boros itu akhirnya beroleh kesusahan; berboros berlaku boros: mereka menjaga diri drpd ~ atau berhutang;memboroskan mengeluarkan (membelanjakan) wang berlebih-lebihan (membuang-buang wang), menggunakan barang-barang dll berlebih-lebihan (dgn cara yg membazir): ia banyak ~ harta bapanya;keborosan keadaan boros, sifat boros; pemborosan perihal boros atau memboroskan, perbuatan memboroskan (wang, barang, dll);pemboros orang yg boros atau bertabiat boros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ros] | بوروس

Definisi : 1 terbuka atau terurai (ttg tali yg diikatkan); lepas: Tali gasingnya ~. 2 suka membelanjakan wang secara berlebih-lebihan; tidak hemat: Orang yg ~ tidak akan menjadi kaya. memboroskan menggunakan (wang dsb) dgn berlebih-lebihan atau terlalu banyak: Anak muda itu ~ harta benda peninggalan orang tuanya. pemboros orang yg boros atau tidak hemat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boros

Peribahasa

Diperbesar isap (hisap),
     hitam bibir.

Bermaksud :

Membelanjakan wang dengan boros dan akhirnya hidup melarat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kalau boros lekas kerugian.Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diperbesar isap (hisap), hitam bibir.Membelanjakan wang dengan boros dan akhirnya hidup melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang buntal kutil mengutil, yang jerung luluh meluluh.Yang miskin hidup berpekin, yang kaya boros berbelanja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas