Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Buah yang manis berulat di dalamnya.Perkataan yang manis-manis mengandungi maksud yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, dan diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga.Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin.Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah masak merah belum tentu manis rasanya.Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah macang dimakan kelarah, di luar baik busuk di dalam.Orang perempuan yang sudah rosak, hanya di luar saja yang kelihatannya baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah kedempung, di luar berisi di dalam kosong.Orang yang sombong banyak cakapnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terung buah bergantung, lobak buah berlindung.Ada orang yang menampakkan kekayaannya dan ada pula orang yang menyembunyikannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tembatu dibelah.Berserak-serak, tidak keruan. tembatu = buah yang keras seperti buah nipah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dulu buah daripada bunga; dulu duduk daripada cangkung.Beranggapan sudah memiliki sesuatu barang yang belum tentu diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gundahkan buah dimakan burung.Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456

Kembali ke atas