| Buang daun keladi, berselimut daun birah. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari. | Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buang kuali ambil belanga. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dari semak ke belukar. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar. | Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menabur bijan ke tasik. | Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tabur bijan ke tasik. | Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menabur bijan ke tasik). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang. | Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buangkan yang keruh, ambil yang jernih. | Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |