Buaya setanjung makan tak habis (Sarawak). | Terlalu gemuk (tentang orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda. | Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengajar buaya berenang. | Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Orang tua diajar makan pisang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti buaya bertemu bangkai hanyut. | Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing beroleh bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adakah buaya menolak bangkai? | Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak akan terlawan buaya menyelam. | Orang bodoh tak dapat melawan orang pandai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. | Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak usah diajar anak buaya berenang. | Orang yang sudah tahu tak perlu diajar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan. | Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |