Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.luh.bu.luh] | بولوه٢

Definisi : sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh-buluh

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.Membuat pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju.Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menebas buluh serumpun (= seperdu).Merosakkan nama kaum kerabat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari.Suara yang sangat merdu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebas buluh serumpun.Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai gelegar buluh.Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mana ada buluh tidak berbuku?Tak ada sesuatu yang sempurna benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggerutus macam buluh di perun.Berkata-kata dengan cepat. gerutus = bagai bunyi dibakar; perun = bakar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bangsi buluh perindu.Suara yang lemah lembut dan merdu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terkena buku buluh.Kerana terlalu memilih-milih, akhirnya mendapat sesuatu yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas