| Ditentang langit, langit; ditentang bumi, bumi. | Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Bumi mana yang tidak kena hujan? | Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Jadi bumi langit. | Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Sebagai bumi dengan langit. | Sangat jauh bezanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Terban bumi tempat berpijak. | Putus harapan kerana kehilangan tempat bergantung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Hujan menimpa bumi. | Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Langit runtuh, bumi cair. | Segala harapan sudah musnah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang. | Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Nikah maharaja bumi (= Boma). | Nikah tanpa belanja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |