Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.cit] | بونچيت

Definisi : 1. besar perut, gendut: kerana kesenangan hidup, perutnya makin bertambah ~; 2. bk mengandung, bunting: Lijah sudah ~ lima bulan;membuncit menjadi buncit, nampak buncit: walaupun dia memakai baju kurung, nampak perutnya yg ~; membuncitkan 1. membesarkan (perut), menggendutkan: ~ perut; 2. bk menyebabkan mengandung, membuntingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.cit] | بونچيت

Definisi : besar perut kerana penyakit dll; gendut: Bagaimanakah caranya hendak mengempiskan perut saya yg ~ ini? membuncit menjadi buncit; nampak buncit: Perutnya ~ kerana terlalu banyak minum arak. membuncitkan menjadikan atau menyebabkan buncit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buncit

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Laksana buntal kembung,
     perut buncit di dalamnya kosong.

Bermaksud :

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Perut buncit lama-kelamaan (= lama-lama) menjadi busung.Alamat bahawa sesuatu perkara akan terjadi. busung = gembung atau bengkak besar kerana penyakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong.Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam ular kekenyangan.Orang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai perempuan membawa perut.Orang yang buncit perutnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas