Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung. | Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan kucing bertanduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menantikan buah rumbia masak. | Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menantikan kucing bertanduk. | Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menantikan kuaran bertelur. | Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kucing bertanduk, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buntar dikeping, suarang diagih. | Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Suarang diagih, sekutu dibelah). buntar = bulat; suarang = harta milik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Suarang diagih, sekutu dibelah. | Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |