| Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan. | Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Muat tebu di haluan, muat halia di buritan. | Waktu berdepan berkasih-kasihan, bila di belakang berdengki-dengkian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berkemudi ke rusuk. | Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kemudi di haluan, bergilir ke rusuk. | Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |