Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bi/] | چابيق

Definisi : 1. koyak, carik (pd kain dsb); cobak-~ koyak-koyak, robek, sobek; 2. penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan, helai: se~ kain; cabik-cabik koyak-koyak, robek, sobek; mencabik mengoyak, mencarik, menyobek; mencabik-cabik mengoyak-ngoyak, mencarik­-carik, menyobek-nyobek; mencabikkan mengoyakkan, mencarikkan, menyobekkan; mencabik-cabikkan mengoyak-ngoyakkan, mencarik-carikkan, menyobek-nyobekkan; cabikan carikan, koyakan, sobekan; pencabikan perihal atau perbuatan men­cabik(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bi/] | چابيق

Definisi : ; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bi/] | چابيق

Definisi : 1 koyak atau carik (pd kain, kertas dll). 2 penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan; sobekan: se~ kain secarik kain. mencabikkan menjadikan koyak atau cabik; mengoyakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabik

Puisi
 

Makan sirih secabik-cabik,
     Makan secabik campak ke laman;
Bukan kupilih orang yang cantik,
     Tetapi rasa tidak berkenan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seduit dibelah tujuh,
     sirih sehelai dicabik-cabik.

Bermaksud :

Bersatu hati; sangat sedikit atau sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik.Bersatu hati; sangat sedikit atau sangat miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas