Lagak Padang, omong Betawi. | Cakap besar, tetapi tiada berisi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedikit hujan banyak yang basah. | Kecelakaan kecil membawa akibat yang besar; pengetahuan sedikit tetapi cakap besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap. | Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beliung yang besar hayun, kecil makannya. | Besar cakap tetapi hasilnya sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh. | Orang yang sombong, besar cakap tidak berisi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar. | Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. (Biasa juga: Cakap berdegar-degar, tumit di keting). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kebanyakan halilintar kurang hujan. | Cakap saja yang besar, tetapi hasilnya tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa. | Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |