| Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. | Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor. | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga. | Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tertangkap di ikan kalang. | Berlawan atau bersaingan dengan orang yang lebih berani (pandai, kaya dan sebagainya). Ikan kalang = keli atau ikan lele. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat. | Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. ikan lais-lais = sebangsa ikan kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan seekor rosakkan ikan setajau. | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. tajau = tempayan besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis proselin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dituba sajakah ikan, dijala dijaring bukankah ikan? | Tidak malu melakukan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan di kuali, habis melompat. | Nasib yang malang. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan digulai sudah melompat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti gemi berjodoh dengan ikan. | Pertemuan yang sangat sesuai. gemi = sejenis ikan, kemi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sambang penuh jala terletak, laut kering ikan mengempas. | Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |