Dicari cempedak di bawah kerambil. | Mencari tidak pada tempatnya. kerambil = kelapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada. | Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku. | Perempuan gemuk yang tidak disukai orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan cempedak berbau nangka. | Hendaklah diselidiki sesuatu perkara itu dengan saksama lebih dulu sebelum mempercayai percakapan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tanam cempedak, tumbuh nangka. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bunyi cempedak jatuh. | Bunyi jatuh yang kuat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seorang makan cempedak (= nangka), semua kena getahnya. | Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai meramas biji cempedak. | Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak. | Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggeletik-geletik bagai ulat nangka (= cempedak). | Sangat gelisah. geletik = meronta-ronta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |