Cencang terdadik jadi ukir. | Kesalahan yang tiada disengajakan, tetapi mendatangkan kebaikan. terdadek = tersesat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cencang putus, biang tembuk. | Putusan yang mengikat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cencang dua segeragai. | Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai. geragai = pengait untuk menangkap buaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas. | Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salah cencang memberi pampas, salah bunuh membangun. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjadi apit lempang cencang galang. | Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merebut merampas, membunuh membangun. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |