Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.pat] | چڤت

Definisi : 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn ge­rakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mem­percepat gerakan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.pat] | چڤت

Definisi : 1 dpt mencapai jarak yg jauh dlm waktu yg singkat (ttg gerakan); pantas; laju: Kerana hendak lekas sampai, kami terpaksa berjalan ~. 2 lebih lekas atau terdahulu drpd yg sepatutnya (ttg jam dsb): Jam saya ~ 5 minit. 3 lekas; segera: Kita mesti pergi ~, jika tidak, kita akan ketinggalan bas. ~ kaki pantas berjalan. ~ kiri kidal. ~ lidah (mulut) mudah menuturkan sesuatu tanpa berfikir dahulu. ~ tangan suka mencuri. bercepat-cepat berlumba-lumba atau berebut-rebut hendak cepat; terburu-buru: Semua murid ~ masuk ke bilik darjah. mencepat menjadi cepat. mencepatkan 1 menjadikan cepat; menderaskan; melajukan: Orang itu ~ keretanya. 2 membuat supaya berlaku atau dilakukan dgn cepat; melekaskan: Semua pekerja memohon supaya pihak majikan ~ pembayaran gaji mereka bulan ini. mempercepat menjadikan lebih cepat; memperderas; memperlaju: Beliau ~ langkahnya kerana langit kelihatan mendung. cepatan ist kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu. kecepatan cepatnya (sesuatu gerakan); keadaan cepat; kelajuan: Kereta itu berjalan dgn ~ 96 km sejam. pencepat­an perbuatan atau hal mencepatkan; penderasan. pencepat alat utk mencepatkan sesuatu (gerakan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cepat

Puisi
 

Anak itikbawah rumah,
     Main budak cepat berlari;
Oi,
     encik orang di rumah,
Terima tidak kami ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cepat kaki ringan tangan.Rajin dan giat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.Orang yang cepatlah yang selalu mendapat keuntungan yang baik dan orang lambat senantiasa berhampa tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba.Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantasnya seperti kilat.Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Seperti kilat pantasnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantas seperti lipas.Cepat bekerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kilat pantasnya.Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Pantas seperti kilat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak cetus api.Sangat cepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai belut digetir (= diketil) ekor.Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pantasnya seperti kilat, b. Seperti kilat pantasnya). digetir = dicubit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas