Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan. | Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cepat kaki ringan tangan. | Rajin dan giat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata. | Orang yang cepatlah yang selalu mendapat keuntungan yang baik dan orang lambat senantiasa berhampa tangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat. | Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba. | Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantasnya seperti kilat. | Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Seperti kilat pantasnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantas seperti lipas. | Cepat bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kilat pantasnya. | Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Pantas seperti kilat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak cetus api. | Sangat cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai belut digetir (= diketil) ekor. | Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pantasnya seperti kilat, b. Seperti kilat pantasnya). digetir = dicubit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |