Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan. | Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cerdik bagai ekor kerbau. | Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga. | Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. | Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung. | Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bingung tengkar, cerdik begar. | Orang-orang yang sukar diajak muafakat. tengkar = bantah, cekcok; begar = susah, keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga. | Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga. | Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya. | Kepintaran itu melebihi kekayaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan. | Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |